Thursday, January 26, 2012

eatyourkimchi:TRAVELOG KOREA

Ahjusshi and ahjumma yg friendly and sweet kat Jeju
waterfall at jeju island=)
 GAMBAR2 TEASER.hehehe

assalamualaikum

syukur alhamdulillah sem satu second year medicine student JUST (amboi) tamat dgn jayanya.Meniti hari2 cuti winter break sebelum menyambut kedatangan sem dua as a medical student di mana waktu tu xde lagi istilah"tidur","study last minit",dan bermacam2 lagi mindset yg diturunkan oleh senior2 yg caring secara turun temurun ,mari kita sama2 manfaatkan cuti yg bermasa lebih kurang 3minggu lebih(lebih kurang) dengan merehatkan otak.rehat dari dunia perubatan yang menghantui diri selama beberapa zaman,sehinggalah munculnya cuti musim sejuk yang sangat ditunggu2 oleh sekalian warga Jordan.antara musibah yg terbesar adalah dalam merehatkan minda,seseorang itu melupakan Allah,Tuhan yg Maha Kuasa.jadi awas,manfaatkanlah cuti,melanconglah dan jadikanlah melancong itu sebagai satu ibadah.

antara sebab mengapa saya decide untuk tulis travelog ni adalah:
pertamanya,saya nk sangat merakamkan penghargaan,kesyukuran dan keterimakasihan saya yg xterhingga tahap dewa terhdap insan2 yg banyak menolong memudahkan urusan kami sepanjang bercuti ke Korea.
yg pertama:JPA.(of course!)
yg kedua:ibu bapa kami yg telah memberikan restu untuk kami berjaulah ke Korea
yg ketiga:senior luqman,salah seorang ajk TnT(Travel n Tours)yg merancang dan menguruskan percutian kami,yg kami kenal melalui senior kami juga,Sis Ainul Arina
yg keempat:kak Nurul Ain Adia,Kak Mustakizah,Kak anis abdullah,Kak Azurien Azli,dan beberapa sonbaenim2 yg lain yg tak sempat kami kenal nama=)

mereka ni juga beberapa orang ajk TnT under senior luqman yg sudi offer rumah mereka untuk kami bermalam sepanjang di Seoul.rasa syukur dan terima kasih terhadap layanan yg diberikan terhadap kami memang xdpt dirakamkan dgn kata2.irrevocable.sedangkan blood vessel pun buat angiogenesis untuk malignant cancer cells yg jahat supaya mereka dpt nourishment yg secukupnye,inikan pula kita manusia,hamba Allah yg lemah,sangat2 dituntut untut menghargai dan melayan tetamu dengan sepenuh hati,dan mereka,sangat2 menghargai dan melayan kami dengan bersungguh2.hanya maaf yg dapat sy ucapkan mewakili 2 kawan yg lain,put dan su atas segala tingkah laku kami yg terover.biasalah,masih muda.maafkan kami.kekeke.

yg kelima:luqman,bekas rakan sekolah saya dan put yg banyak berhabis masa dan wang  untuk kami semasa kami di sana.sepatutnya ,kami yg dtg menziarah dia,tapi ni terbalik.kami rasa kami yg kena ziarah.lekkk:P

dan atas segala penghargaan yg saya rakamkan terhadap mereka ini,saya kembalikan kepada Tuhan Pencipta manusia,alhamdulillah,segala pengorbanan mereka,pastinya adalah ilham dari Dia.
dan tiada apa yg boleh saya balas semula kepada insan2 ini,hanya doa yg ikhlas dari jiwa.

semoga apa yg mereka korbankan,tak kiralah,masa,harta,tenaga,kesabaran, semoga setiap zarah yg dikorbankan itu,dihadiahkan dengan batu-bata,tersusun rapi,mendirikan tiang2 rumah yg kukuh di syurga nanti.ya Allah,allocatekanlah ruang2 untuk membina rumah2 untuk mereka ini,seluas-luasnya untuk mereka di syurgaMu nanti.sekiranya Engkau izinkan,izinkan kami membalas jasa mereka di dunia ini,andai tidak sempat kepada mereka,izinkanlah kepada keluarga mereka,satu hari nanti=)