Thursday, January 26, 2012

eatyourkimchi:TRAVELOG KOREA

Ahjusshi and ahjumma yg friendly and sweet kat Jeju
waterfall at jeju island=)
 GAMBAR2 TEASER.hehehe

assalamualaikum

syukur alhamdulillah sem satu second year medicine student JUST (amboi) tamat dgn jayanya.Meniti hari2 cuti winter break sebelum menyambut kedatangan sem dua as a medical student di mana waktu tu xde lagi istilah"tidur","study last minit",dan bermacam2 lagi mindset yg diturunkan oleh senior2 yg caring secara turun temurun ,mari kita sama2 manfaatkan cuti yg bermasa lebih kurang 3minggu lebih(lebih kurang) dengan merehatkan otak.rehat dari dunia perubatan yang menghantui diri selama beberapa zaman,sehinggalah munculnya cuti musim sejuk yang sangat ditunggu2 oleh sekalian warga Jordan.antara musibah yg terbesar adalah dalam merehatkan minda,seseorang itu melupakan Allah,Tuhan yg Maha Kuasa.jadi awas,manfaatkanlah cuti,melanconglah dan jadikanlah melancong itu sebagai satu ibadah.

antara sebab mengapa saya decide untuk tulis travelog ni adalah:
pertamanya,saya nk sangat merakamkan penghargaan,kesyukuran dan keterimakasihan saya yg xterhingga tahap dewa terhdap insan2 yg banyak menolong memudahkan urusan kami sepanjang bercuti ke Korea.
yg pertama:JPA.(of course!)
yg kedua:ibu bapa kami yg telah memberikan restu untuk kami berjaulah ke Korea
yg ketiga:senior luqman,salah seorang ajk TnT(Travel n Tours)yg merancang dan menguruskan percutian kami,yg kami kenal melalui senior kami juga,Sis Ainul Arina
yg keempat:kak Nurul Ain Adia,Kak Mustakizah,Kak anis abdullah,Kak Azurien Azli,dan beberapa sonbaenim2 yg lain yg tak sempat kami kenal nama=)

mereka ni juga beberapa orang ajk TnT under senior luqman yg sudi offer rumah mereka untuk kami bermalam sepanjang di Seoul.rasa syukur dan terima kasih terhadap layanan yg diberikan terhadap kami memang xdpt dirakamkan dgn kata2.irrevocable.sedangkan blood vessel pun buat angiogenesis untuk malignant cancer cells yg jahat supaya mereka dpt nourishment yg secukupnye,inikan pula kita manusia,hamba Allah yg lemah,sangat2 dituntut untut menghargai dan melayan tetamu dengan sepenuh hati,dan mereka,sangat2 menghargai dan melayan kami dengan bersungguh2.hanya maaf yg dapat sy ucapkan mewakili 2 kawan yg lain,put dan su atas segala tingkah laku kami yg terover.biasalah,masih muda.maafkan kami.kekeke.

yg kelima:luqman,bekas rakan sekolah saya dan put yg banyak berhabis masa dan wang  untuk kami semasa kami di sana.sepatutnya ,kami yg dtg menziarah dia,tapi ni terbalik.kami rasa kami yg kena ziarah.lekkk:P

dan atas segala penghargaan yg saya rakamkan terhadap mereka ini,saya kembalikan kepada Tuhan Pencipta manusia,alhamdulillah,segala pengorbanan mereka,pastinya adalah ilham dari Dia.
dan tiada apa yg boleh saya balas semula kepada insan2 ini,hanya doa yg ikhlas dari jiwa.

semoga apa yg mereka korbankan,tak kiralah,masa,harta,tenaga,kesabaran, semoga setiap zarah yg dikorbankan itu,dihadiahkan dengan batu-bata,tersusun rapi,mendirikan tiang2 rumah yg kukuh di syurga nanti.ya Allah,allocatekanlah ruang2 untuk membina rumah2 untuk mereka ini,seluas-luasnya untuk mereka di syurgaMu nanti.sekiranya Engkau izinkan,izinkan kami membalas jasa mereka di dunia ini,andai tidak sempat kepada mereka,izinkanlah kepada keluarga mereka,satu hari nanti=)


sebab kedua saya nk tulis travelog ini,adalah sebab saya nk sngt2 berkongsi pengalaman saya berjaulah ke Korea ,terutamanya bagi remaja2 yg seusia dgn saya.sebab saya rasa cerita saya sangat bernilai dan xmampu dikutip dari mana2.saya bukanlah penulis terkenal,bahkan ini adalah first travelog,bahkan first blog saya.cuma saya rasa banyak ibrah yg saya terjumpa sepanjang jaulah saya ke Korea ni,saya nk kongsi kepada semua.

saya memilih untuk bercuti ke Korea,pasaipa?


terdapat beberapa sebab kukuh yang saya ajukan terhadap kedua ibu bapa saya.
pertamanya,adalah sebab saya homesick!hoo hoo.saya bukannye xnak pergi berjaulah ke negara2 Eropah yg dah memang dekat dgn Jordan tu,tapi bila fikir2 balik,sy rasa saya nk carik satu destinasi yg dekat dgn rumah plus destinasi tu mmg btul2 suite cita rasa ideal saya sebagai tempat pelancongan.dalam masa cuti winter break yg bermasa 3 minggu lebih(lebih kurang)saya buat keputusan nak berehat di rumah selama 2 minggu,dan bercuti ke Korea selama 1 minggu.pegi Korea pun dapat,balik rumah jumpe parents pn dpat,so apa lagi??he-he!
klau sy pegi Europe alamatnye memang xdptlah nk blk Msia,lagiilah tension,sbb xdapat jumpe parents kesayangn tu.yup,i'm a family oriented,spoiled daughter.tgok muke parents tu dpt pahala kan?*alasan*

kedua:tipulah kalau sy ckp sy g Korea bukan sebab Kpop langsung!
depan 2PM chansung,nich kun,and taecyon.hottest2:D

truth be told,i'm a pure hottest fan of 2PM,wahahaha.ok,ni jgn tiru,just amik iktibar ye.tapi,as a Muslim,pemuda yg dah dpt tarbiyah since dr sekolah dulu,since sampai Jordan,since jumpe my "turning point" kat Jordan tu,what can i say..im actually masih dlm proses bermujahadah nk tinggalkan bende2 ni.*sayonara jahiliyyah*.but,once i realised yg proses perubahan tu mmg kne step by step,sy cuba take it positive.
How hard we've tried,we ain't superman at all

sume bnde berkaitan Kpop,xsalah nk minat,tapiii

this is once somebody told me:"nak minat Korea xsalah,tapi,jaga keberkatan masa,jangan sampai berlebih2an,jngan layan smpai lewat solat,smpai hati melalaikan,sampai xstudy buang masa tengok benda tu,sampai buang duit untuk pergi konsert2 or beli album2 dorg,bila once kte dah terbuat bnde2 tu,tu yg boleh jatuh hukum haram"

 ..dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia.Maka pada hari ini(kiamat),Kami melupakan mereka sebagaimana mereke dahulu melupakan pertemuan hari ini,dan kerana mereka mengingkari ayat-ayat kami...(Al-A'raf,ayat51)

  Al-Quran yang mendasari segala peraturan dan perundangan yang begitu sempurna adalah bertujuan untuk menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan di pihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Apatah lagi Islam menuntut kepada kesederhanaan.
nanti saya cerita saat yg paling bermakna terhadap saya,tentang Kpop ni,yg saya sgt2 bangga sebab saya berjaya kalahkan jiwa remaja saya dari hanyut terus dlm Kpop ni,sewaktu di Myeongdong.ngeh3.

ketiga:dr dulu lagi i've been eyeing orang Korea,culture dorg,budi bahasa,ketamadunan dorg,kemajuan,kecanggihan,kecantikan,ape lagi?ye,sume nye pasal dorg boleh meng"impressedkan"saya,tapi setiap kejayaan yg dorg capai,sape pengilham mereka?sape perealisasi mereka?sape pemilik ilmu mereka?
incheon international airport
dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yg diinginkan,berupa perempuan2,anak2,harta benda yg bertumpuk dlm bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak,dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan disisi Allah-lah tempat kembali yg baik -surah alimran,ayat14
jadi,dgn melihat dorg,sy sntiasa berbalik kepada pencetus ilham yg asalnya,barulah lebih real feeling kehambaan tu,compared dgn Jordan ,sistem pengangkutan yg macam Malaysia zaman 70-an,orang2 Arab yg mulia tapi masih berbaki sifat2 jahiliyyah dlm diri mereka,kurang menambah iman sy,instead,menambah duga iman kerana seringkali bersabar dgn perangai dorg.

tapi,alhamdulillah..alhamdulillah..kalau xsampai Jordan,mungkin sy xseperti sekarang,mungkin hubungn saya dgn Allah xseperti sekarang:)
so,nk tadabbur alam,to be exact,nk carik turning point untuk berubah bg setiap manusia adalah lain2,ada orang,duduk kt Jordan je dah boleh menambah iman,dgn bekas2 semangat pejuang2 di Tanah Syams,boleh meningkatkan momentum keimanan dorg,ada orang,kena balik Msia,kena suasana sedang2,ada orang kena lalui arus kecanggihan yg tahap superb,untuk balikkan sume tu,kepada Allah,sebaik2 tempat untuk kita kembali,which is me :p

ok,saya masukkan sedikit jadual saya sepanjang di Korea yg telah diarrangekan oleh senior Luqman.almaklumlah,travelog memang sgt2 panjang dan sgt menghabiskan masa untuk baca,jadi,saya bahagikan travelog ni kepada beberapa part(part seterusnya insyaAllah bakal menyusul)

16 Jan 2012 (Monday)
- Pick up at the Incheon Airport
- Nami Island (shooting place for drama Winter Sonata)*
- Itaewon (Seoul Centre Mosque)

17 Jan 2012 (Tuesday)
- Skiing
- 63 Building
- Han River

18 Jan 2012 (Wednesday)
- Namdaemun market
- Myeongdong
- Seoul Tower (shooting place for drama Boys Over Flower)
- Lotte world (amusement park and shooting place for drama Stairway to Heaven)*


21 Jan 2012 (Saturday)
- Bukchon Hanok/Korean Village
- Insadong
- Cheongye Stream
- King Saejong museum/ City hall
- Send back to airport

dari 19 jan hingga 21 jan pagi,saya dan kawan pergi melancong ke Jeju Island,which is the best,coolest part.jangan risau,saya akan ceritakan nanti.sya hanya mampu sertakan gambar2 tempat2 ni sebagai pendahuluan sahaja,nk cerita sekarang,takut xboleh stop.*TEASER*.

tall ice cream at Myeongdong!syurga membeli belah

pemandangan luar Seoul Tower(location site for BOF shooting)
Lotte World!*curik gmbr Korean*

teddy bear museum=)jeju island
jeju island

ladang teh yg menghijau.jeju lagi.
museum ripley's believe it or not
WILLI WONGKA!at chocolate land=)
YUP!we were here!kekekeke
1 of our lunch as a Muslim,hamdallah.yg lain sume pork+ayam=.='
SKI!with kak anis comel at vivaldi park.hoohoo!

ok,cukuplah tu.nasihat saya,melanconglah.ke dalam atau luar negara.


"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada." (Surah al-Hajj, ayat 46)

melancong itu ibadah,jika disertai dgn niat yg betul
bukalah minda,dan rasailah kehebatan ciptaan Allah.
kdg2 kte perlu tadabur alam untuk lbh 'zouq' feeling kehambaan :)

sekian.to be continued,insyaAllah=)

No comments:

Post a Comment