Assalamualaikum..alhamdulillah,last day,bumi sonata,Korea
kami sampai dari Jeju Island kira-kira 9.45 pagi.dari Gimpo Airport,kami naik subway untuk pulang ke Joyang Officetel.setelah selesai kemas2 barang memandangkan malam ni akan bertolak ke Malaysia,kami pun keluar semula untuk menghabiskan sisa-sisa hari kami di Seoul ni.apalagi,request dekat Kak Anis nak pergi tulah,nilah,sebab dah hari last dan tak tau bila lagi nak sampai Korea ni.kami memulakan lawatan ke Insadong.
Insadong ni merupakan salah satu street yang menjadi tarikan nostalgia Korea yang banyak boleh kita jumpa cara hidup dan budaya tradisional mereka.kebanyakan barang yang dijual disini juga,kebanyakannya adalah barang2 tradisional yang awak memang boleh jumpa di Korea sahaja.contohnya hanbok,hanji,teh tradisional,pottery,etc2.yang menariknya Insadong ni terletak in the middle of the city,where old but precious and traditional goods are on display.setiap hari Sabtu dan Ahad pula,beberapa street di Insadong ni akan ditutup dari laluan trafik,dan menjadikannya betul2 tempat kebudayaan untuk pelancong2 lawati. dekat Insadong ni juga banyak tempat menjual pelbagai barangan cenderehati dari Korea,tapi harga lebih mahal sedikit berbanding di Namdaemun Market.
who wants the I Love Korea T-shirt?kekekeke |
1 of the hallway;tea house
tempat membeli belah di Insadong sangat menarik.ala-ala shopping mall tapi terbuka sebab tak ada bumbung,
|
see!takde bumbung+eskalator |
berdekatan dengan Insadong ni juga terdapat Gyeongbok-gung iaitu salah satu istana tradisional yang menjadi tarikan pelancong.istana yang terkenal kerana merupakan istana yang paling cantik jika dibandingkan dengan 4 lagi istana lain di Korea ni.nak masuk kena bayar duit tiket,dan dalam istana ada lebih kurang 7700 bilik untuk dilawati.kami hanya bergambar di luar sahaja memandangkan nak kejar masa plus terlalu besar istana ni untuk dihadamkan dalam masa hanya beberapa minit.jadi,kami terus bertolak ke Myeongdong untuk kali kedua,sebab nak testing hanbok kat sana.
with kak anis |
su,me,put |
alhamdulillah,selesai sudah hari2 di Korea.sangat banyak pengalaman di Korea yang tak dapat saya lupakan.insyaAllah kalau ade rezeki dan Allah izinkan,memang saya nak ke sana lagi.nak pergi Busan,Daegu,Jeju Island belah East pula.tapi for sure lepas dah buat umrah dan haji.hehe.malam tu kami bertolak pulang ke Malaysia awal pagi,dan sampai di Malaysia lebih kurang 6-7 pagi.penat memang takla sebab dalam flight memang tidur jekeke.
reading at the airport library.waiting for boarding gate to open |
yosh,comrades,mari sambung perjuangan kita di medan medik dengan bersungguh.mari score HLS,RS dan CVS keranaNya.RS!RS!RS!*baca:respiratory system*.
sempena Respiratory system,one of the Quran verses that I just encountered and would like to share:)
"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah dan petunjuk,Dia membukakan dadanya untuk menerima Islam.dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat ,Dia jadikan dadanya sempit dan sesak,seakan-akan dia sedang mendaki ke langit.Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman."surah al-An'am,ayat 125memang Allah yang Maha Berkuasa dan Bijaksana mencipta sistem pernafasan,dan memang Dialah Tuhan Pemilik Hidayah.moga kita tergolong orang-orang yang sentiasa mendapat rahmat Allah,sepanjang masa,bersama-sama.ameen
yalla na3mal New Look:)
assalamualaikum
No comments:
Post a Comment