Tuesday, February 7, 2012

eatyourkimchi:JEJU ISLAND-THE HAWAII OF KOREA

 
 The world comes to Jeju,and Jeju comes to the world:)

assalamualaikum,
hari ini hari kedua kami di jeju,
hari ini hari kami akan berjalan2 dengan Yeha tour mengelilingi barat pulau jeju
hari ini Allah beri saya peluang untuk tadabbur alam sepuas2nya^^

alhamdulillah,bangun pagi pun Dia yg sedarkan,sebab kalau nk ikutkan,biasanya memang tak terbangun,musim-musim cuti ni,standard bangun standard nk zuhur(aiyok),apetah lagi kami disini tiada alarm clock mahupun handphone,sumenye tinggal di malaysia,.alhamdulillah

 masuk cerita kenapa hotel kami dekat dengan Sunbeach Hotel,adalah kerana Yeha Tour memang fetch orang dekat sana.jadi jarak perjalanan jalan kaki yang tak sampai 5 minit,memudahkan kami bergegas ke sana even bangun lambat.sempatlah jugak nak breakfast roti dengan jem.
kami tunggu di hotel,dan beberapa minit kemudian,sudahpun nampak kelibat Mr.Zin
"You must be Puteri Sollehah right?come with me,I am from Yeha Tour."
Yeha Tour bawa kami jalan-jalan naik mpv.alhamdulillah,memang sangat selesa,sebab hanya kami bertiga je hari tu.selalunye akan penuh satu mpv,tapi memandangkan kami datang time weekdays,dan orang lain pun tak cuti,maka kami bertiga sahaja.seronok!
Mr.Zin memang fasih berbahasa Inggeris,sepanjang perjalanan banyaklah juga benda yg beliau terangkan.jadi,taklah rasa kosong sangat,tertanya.pamandangan sepanjang perjalanan,subhanallah,sangat-sangat mendamaikan.sekali lagi,saya tak reti nk describe dlm bahasa Melayu,sebab saya reti cakap perkataan lawa je.jadi jangan marah ye,saya nak ekspresikan ketenangan ni dalam English.hehe

it was a calm day,not just the weather,but the day,a day that i thought that the sky,the mountain,even the sea belongs to me,where i can feel the soft kiss of breeze.
cehh konon nak bermadah pujangga,but the best poem i can't strongly deny,is the words in Alquran

A006
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.(ar rahman:6)


A010
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain(arr rahman:10)









































A018
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
segala puji bagi Allah yg Maha Bijaksana menjadikan alam semulajadi dan seisi kandungannya untuk dimanfaatkan oleh manusia.
alhamdulillah,Allah jadikan saya seorang hamba yang suka berfikir setelah melihat ciptaanNya.
saya tak berhenti berfikir sepanjang perjalanan.benarlah,tarbiyah dari alam semulajadi itu lebih meyakinkan berbanding dengan tarbiyah biasa yang hanya kita peroleh dengan mendengar sahaja dari ceramah-ceramah agama.
 Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah SWT. telah mengadakan apa yang di langit dan di bumi untuk kamu dan dicukupkan kurniaan-Nya zahir dan batin…. ”surah luqman,ayat 20
rupa-rupanya kita memang dituntut untuk berfikir tentang alam kejadian Allah.berfikirlah,supaya kita menjadi lebih bersyukur,kita tahu kekuasaan dan kebijaksanaan Allah,supaya kita menyayangi sesama makhluk, supaya kita beroleh ilmu pengetahuan,dan supaya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.

destinasi pertama untuk tour hari ini adalah  ladang teh o'sulloc.

"coffee or tea?":)

"Tea" yg dimksudkan adalah "green tea" kalau ckp pasal O'sulloc ni.dekat Korea memang terdapat banyak ladang teh dan "tea houses" ,contohnyaa Insadong,yang agak terkenal dgn "traditional settingnya",tapi,kalau awak dalam mood "green tea",saya sarankan supaya terus berkunjung ke O'sulloc area di Jeju Island,senang cerita,mereka ni memang "specialized"dlm green tea ,bahkan mereka memiliki ladang "green tea" dan juga muzium "green tea" yg tersendiri.dan sesunguhnya jeju memang ada "perfect climate" untuk tumbesaran green tea.har3

bagi saya,yg menariknya di O'Sulloc area ni,adalah bukan sahaja mereka menawarkan teh hijau,tapi teh-teh lain juga dapat dijumpai di sini.mereka ni dah hasilkan berbagai-bagai jenis produk daripada teh,termasuklah barang-barang kesihatan,kosmetik,mahupun makanan.biskut dan kek "green tea" pun ade yaww!very interesting.ape yg saya observe tentang product dorang ni,adalah sangat-sangat sedap(cuba green tea ice cream),ade juga green tea cheese with tiramisu,brownies,green tea chocolates,dan sebagainya. and they look sumptous too!.cool!

hallway in green tea museum

kolam,tapi skrin
.taraaa~~greeny green.

hallway to the tea farm
o'sulloc garden


macam2 teh ade.ade lemon,rose,mild green.murah je boleh buat bg hadiah kt dr Ziad el Nasser:)

satu

dua
tiga

kerana hijaunye ladang teh hijau

taraaaaaa~green tea ice cream
 salah satu perkara yg saya sangat-sangat suka mengenai O'sulloc ini adalah"lovely waitress in uniform".tempat ini memang sangat penuh dengan pelanggan,suasana dalamannya pula agak menenangkan,that have a natural warm atmosphere, with touches of bamboo and greenery. bayangkan anda baru sahaja masuk ke  zon "tranquil zen garden of contemplation":) memang sangat menjadi perhatian warga tua.buktinya,kami adalah pelancong termuda ketika itu:D

kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Hallim Park,iaitu antara salah satu taman botanikal yg agak terkenal di Jeju Island ni.sepanjang perjalanan menuju ke Hallim park,macam biasalah,Mr,zin menerangkan setiap apa yg kami lintasi.antara cerita yg menarik perhatian saya adalah,berkenaan Dolhareubang,yg sangat-sangat banyak kt Jeju Island ni,memang wajib kita lihat Dolhareubang ni di setiap pelusuk kawasan di Jeju.Dolharubang ni adalah sejenis "statue" yg merupai orang tua,atau datuk(harabuji).dipercayai bahawa Dolhareubang ni ada dua fungsi:
1-Tuhan yang mebantu melindungi sesuatu kawasan,dan
2-membantu untuk kesuburan
 sebab tulah ramai orang Korea yg pergi "honeymoon"dekat Jeju ni,dikatakan supaya senang nak dapat anak.macam kat malaysia lah,Tasik Dayang Bunting kan,siapa yg pergi mandi dipercayai senang nak dapat anak.kononnya.
dolhaerubang besaaaa punyeee

kikiki

dah sampai Hallim Park,cuaca redup-redup Subhanallah sangat cantik dan mendamaikan.tak ramai sangat pun orang,hanya beberapa trip ahjushi dan ahjumma.jom masuk!
p/s:SOOC(Straight Out Of Camera)
1 of the hallway
the other hallway?
kami di bonsai garden enon.ikhlas dari anak2mu yang jauh:D

orang tak kreatif bergambo 1


orang tak kreatif bergambo 2
orang kreatif bergamba.HAHA

orang tak kreatif bergambo

orang tak kreatif bergambo 2.hehe
orang paling kreatif bergambar.huo3

ngeee

dalam Hallim Park ni sebenarnye ade lebih kurang 9 taman-taman di dalamnya.dalam taman ada taman.ada Bonsai garden,Water garden,Bird garden,Old folk Village garden,Subtropical botanic garden,and much more.Subhanallah,semuanya sangat-sangat cantik,dan memang tak dapat dilupakan oleh saya sehingga ke hari ini.^^sejujurnya,saya dah jatuh cinta dengan Hallim Park.tumbuh-tumbuhan semulajadi bukan sahaja dipelihara dengan rapi,tapi suasana persekitaran dan udara yang nyaman sangat me"relax"kan otak.orang-orang yang menjaganya turut sama peramah.fuuuuh,keharmonian antara alam semulajadi dan makhluk-makhluk lain ciptaanNya memang betul-betul berlaku di sini.saya sampai lupa dan malas nk berambil gambar rather than enjoying it seriously.memang berbaloi dan ada hikmah datang je Jeju ni:)menurut Mr.Zin ,ini baru winter,kalau fall laagiiilaah.
dalam gua:)

cactus garden

water garden.subhanallah

garden of stones

hallway kat bonsai garden
 aigooo.yippoda~~
aigooo~aigoooo~~
sajangnim..can i bring this one back to my home?
old folk's Korean village



bird garden
yup,u can feed 'em too

merak putih.cantik^^
kakak tua yang boleh cakap Korea^^

setelah habis pusing Hallim park,kami meneruskan perjalanan ke Spirited garden,adik beradik Hallim Park ni juga,tapi more into bonsai garden yg banyaaaak waterfall di dalamnye.disebabkan kami 3 orang sahaja,perjalanan menjadi sangat mudah dan cepat.tak perlu tunggu banyak-banyak orang untuk bergerak dari satu tmpat ke tempat yang lain.kami sangat sukakannya,dan mR.zin juga sukakannya!:D
on our way to Spirited garden,kami singgah di Hallimeup Beach.memandangkan sepanjang-panjang perjalanan kami waktu tu bertepikan beach,jadi Mr.Zin pun bagi kami chances untuk tangkap gambar.yelah,nanti rasa tak sedap pulak dah kita rasa beach tu asyik ikut kita tapi tak hilang-hilang kan?hehe

hehe

hehe

kami meneruskan perjalanan ke Spirited garden,di mana kami akan lunch di situ,di setiap garden di Jeju ni memang ade restoran,jadi tak perlu risau tentang makanan,cuma bijaklah memilih makanan tersebut.
so you are Muslim,and you don't eat pork right?don't worry because we will have kind of buppet lunch,and you can choose to eat like fishii or chickenn
 buppet=buffet fishii=fish(slang English Korea.HAHA)
 haha.memang definisi org bukan Islam tentang kita adalah kita tak makan pork sahaja kan?
 so,is this actually the way how you eat rice?
I mean,the rice is a lot..but it is not delicious at all.the delicious one is the side dish.
why don't you eat chicken?you have just wasted the company's money.haha!

biasanya orang Korea akan ambil nasi bersama side dish yang lain dalam kuantiti yang sama banyak.jadi mereka sangat-sangat hairan melihat kuantiti nasi kita yang lebih banyak.huh,dorang tak tengok nasi arab lagi.

selesai makan,kami pergi "sight seeing" di Spirited Park.Subhanallah,memang sangat-sangat cantik dan bersih.udara sahaja rasa macam dekat hutan taman.awesome!memang sangat me"relax"kan.boleh buat terapi hati,otak,minda,mata,hidung,telinga.tak percaya?
friendly ahjushi dan ahjummeoni yang boleh berEnglish dgn fasih


i did nothing,but smile warmly

huwaaaaaaa~~missing jeju already


the wishing pond

 hehe.masa jalan-jalan menikmati kecantikan semulajadi kami terserempak dengan satu family Korea ni.ade dua orang ahjummeoni yg comel tak henti-henti cakap aigooo,yipoda!aigooo,yipoda!sambil pandang kami.kami senyuuuum je,tak tahu ape yg yippo nya.semangat betul dia cakap sampai tengok macam nak pengsan sangat tengok yippo nya tu.hehe

makcik:igeo se ni kka kwi yeo wo boyeoyo!!
(awak pakai  ni(smbil tunjuk tudung) nmpak cantiiikkkk sangat!)
kami:ne,kamsahamnida3~~(terima kasih~^^)
makcik:one nara easo wasso?(awk dari negara mana?)
saya:malaysiaeyo^^
makcik:aigooo yippoda~~!
saya:uri ahjummeoni,sajin katchi jjigel lea yo?(makcik,boleh kita ambil gambar sama-sama?) 
makcik;aigooo...yippoda,kerommeyo~!
dan kami pun ambil gambar sama-sama~^^
all ajumeoni are together

 hehe.seronok cakap Korea dekat Korea ni.kalau cakap dekat Jordan dan Malaysia.memang saya cakap sorang-sorang.kat Korea nilah baru rasa ada orang yang faham saya cakap ape.hihi.

setelah habis pusing Spirited Park ni,kami cari port untuk solat,dan bergegas ke mpv.seronok solat kat sini....^^

okay,we'll be heading to the temple.but before that we'll stop first at one place to drink.what do you prefer?coffee or juice?-mr zin
juice!-kami
this place is free,you can have a drink there,for free.
FREE?can we change it into an ice cream?=.=''
yup,free,just have to wash your cup or glasses.and this place is namely flowers of May^^
very cute and beautiful!
the Flower's Of May
the table is of loved shape actually,but not obvious here
with the best tour guide in Jeju Island,Mr Zin

lovenote:D

kami meneruskan perjalanan ke "temple".Yakcheonsa Temple namanya.atau nama lainnya Medicine Stream Temple.temple ni boleh tahan terkenal kerana dewan dalamnya dikatakan yang paling terbesar di seluruh Asia.corak pembinaan yg ala-ala Joseon Dinasti dalamnya warna-warni juga boleh tahan.tapi saya tak berminat sangat,tapi hentamlah..Mr,Zin kata,ada dua mata air dekat temple ni,yg boleh diminum,dan sesiapa yang meminumnya,dikatakan akan datang ke Jeju lagi.saya memanglah nak datang Jeju lagi,tapi buat apa nak minum betul-betul kan?lagipun saya khuatir dengan kandungan "microbe"nya sejak-sejak belajar medic ni  plus ni dekat temple.so, no thanks.lagi satu khasiatnya,dikatakan dapat mengubat penyakit,sebabtulah kot nme temple ni medicine stream temple.
yang cantik adalah alam semulajadi ciptaanNya,bukan temple itu


air mata air yg boleh minum kalau nak

dalam temple.
kami masuk ke laman temple  je mula-mula.tapi lepas tu kami masuk ke dalam.saya rasa Allah yg gerakkan hati kami.untuk cari hikmah.di pintu masuk temple,kami disambut oleh makcik penjaga temple.ramah.
makcik :annyeonghasaeyo~:)
kami:ne,annyeonghasaeyo~:)
makcik:igeo se ni kka moshitta boyeoyo!(bende ni*sambil tunjuk tudung kami*awak pakai nmpak cooooll!)
saya:aigooo.kamsahamnida~~^^
makcik:aigoo,hangung mal chal hashineayo^^(eh,bahasa Korea awak boleh tahan)
saya:anyeo,jogumeyo~(takdelah,sikit je)*blushing*LOL
makcik:panggawayo~(nice to meet you)dengan muka yg bersungguh2
saya:ne,panggapsemnida~~
 lepas tu makcik tu cakap dlm bahasa Korea yang saya tak dapat nak tangkap,tapi saya faham dia suruh naik tengok-tengok tingkat atas.
 dalam hati saya,kesian makcik ni.boleh nampak fitrah dia suka tengok orang Islam.kesian dia.kena jaga temple.kena tunggu kalau-kalau ada orang nak bagi makan beras kat patung dorang.kesian dia.moga Allah campakkan hidayah,dan dia dapat keluar dari temple ni.ameeen~

mereka gantung doa2 dan hajat mereka dengan harapan tercapai
dragon ball.dragon pegang ball

saya tak minat sangat,mula-mulanya malas nak masuk,tapi sebab lain kali tak tau bila nak datang lagi,hentamlah.ambil-ambil gambar je.memang hukum asalnya masuk tempat ibadah orang kafir adalah mubah atau boleh,kecuali ketika mereka sedang melakukan upacara keagamaan.still,i feel too boring there.dan saya lebih banyak lihat alam sekitar di sekeliling temple tu.saya takut,kalau saya lihat patung mereka yang besar-besar tu,saya akan cakap:besarnya!dengan rasa takjub,nauzubillah.dari situ,Allah ilhamkan saya satu ibrah.

nikmat yang kita dapat sekarang nikmat paling besar.nikmat Islam.kita Islam sebab rahmat dariNya,tapi kita tak bersyukur.hakikatnya,yang menggerakkan kita ke masjid,ke mana-mana untuk solat,untuk buat amal soleh,untuk berpesan-pesan dengan sabar kepada orang lain adalah atas rahmatnya.tanpa rahmatnya,kita takda apa-apa.hari ini kita Islam,belum tentu esok kita Islam lagi.mungkin hari esok kita yang dengan sendirinya akan lakukan upacara seperti orang-orang kafir yang datang ke temple ni.sebab apa?sebab hati kita sentiasa berbolak balik.Nauzubillahiminzalik.

"wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)."(3:8)
destinasi seterusnya adalah Jongbang Waterfall.memang banyak tempat dekat Jeju ni yang cantik-cantik dan natural.kalau tour dekat Jeju ni,barulah true "ecotour" orang kata, sebab memang banyak aktiviti-aktiviti eco-friendly yg boleh dilakukan di sini,contohnye snorkeling, crater and waterfall hiking, dan juga  kayaking.selain tu jeju ni juga adalah antara honeymooner's paradise yg agak terkenal.Jongbang waterfall yg terletak di Jeju ni terkenal sebab ia adalah antara salah satu waterfall yang kedudukannya yg terletak dekat seaside,the only seaside waterfall dekat Asia ni.:)
subhanallah

mengintai dari tirai pokok
waterfall dari jauh

model tambahan

been there,done that X0X0
on the way to the waterfall
hmm..banyak sangat tempat cantik dekat Jeju ni.banyak lah ibrah yg Allah tunjukkan kepada saya.moga-moga banyaklah hikmahnya.tarbiyah dari air terjun?:)

air terjun sangat deras alirannya.kalau kita mengemudi sampan betul-betul di bawahnya,memang akan hanyut teruk.kalau tak sabar,kita akan berhenti mengemudi,biarkan sampan kita hanyut begitu sahaja.kalau sabar?hehe.kalau sabar,pandai lawan arus dari arah yang betul,sampan takkan hanyut teruk.kalau sabar,kita berusaha bersungguh-sungguh harungi arus deras tu,pergi ke tempat yang selamat.dan apa yang kita dapat hasil kesabaran tu?keindahan air terjun yang mendatangkan kebahagiaan,ketenangan.moga-moga kita menjadi pengemudi-pengemudi yang tabah,bersama-sama mengemudi derasnya zaman ini,untuk syurga yang indahnya kekal abadi.bersama-sama,bukan seorang diri:)

kawasan terakhir yang kami lawati hari ini adalah Chocolate Land.eco tour bersama Mr.Zin terhabis awal hari ni,sebabnya kami bertiga sahaja memudahkan dan melancarkan perjalanan.jadi,kami meminta izin dari Mr Zin,supaya menghantar kami ke Chocolate Land,kerana tempat ni tak termasuk dalam lawatan kami bersama beliau.Mr.Zin berhentikan kami di sana,dan bagi duit tambang balik.yeay!!

sebelum sampai Jeju lagi,sebenarnya kami tak tahu apa-apa pun tentang Chocolate Land ni.ternampak je masa on the way pergi hotel from airport.lepas tu,terus target nk pergi.Who doesn't want to go to the land of chocolate?hehe.actually,the "land"part is a bit lame.apa yang ada di sini,adalah pameran coklat-coklat yang dibentuk kepada beberapa bentuk,a few pieces of chocolate art,a room with large statue of Willie Wonka(Johnny Depp version) ,dan juga koleksi-koleksi coklat daripada seluruh dunia,such like Asia,Europe,etc.terdapat juga area di mana kita boleh buat coklat sendiri,tapi kena bayar,dan terdapat juga area di mana kita boleh rasa coklat-coklat ni.antara yang sedap adalah tangerine chocolate,green tea chocolate(slightly bitter,but cool),cactus flower chocolate(macam raspberry sikit rasanya).oh ye,masa mula-mula masuk beli tiket tu,kita akan dapat sorang satu kupon yang bernilai 3000 won seingat saya,boleh beli apa-apa dalam Chocolate Land ni,coklat ,air,aiskrim,macam-macam^^.

chocolate land:)


































garden kat luar


yup!we were here..kekekke


pencuri chocolate

willie wonka.
weeeeee~~~
nom nom nom:D
habis melawat chocolate land,bermakna habislah lawatan untuk hari ini,bermakna,esok dah nak balik Seoul,bermakna dah nak balik Malaysia.sob3.kami pulang ke hotel naik airport limousin(bas600).on the way balik hotel,lalu Jeju Convention Center.sangat-sangat besar,tapi kami tak tahu ape.ingatkan tempat kerja-kerja,macam convention center biasa.rupa-rupanya shopping mall.whaaaattt?shopping mall??!arghhh..dah dekat nak balik baru tahu tu shopping mall,padahal dah dekat 3 hari lalu lalang.rugi betoi tak tengok map awal-awal.dahla duty free kot...huh..sabar-sabar..ade hikmah,kalau tak,habis duit kat Jeju je.hueh3.

percutian ke Korea,(in this part,Jeju Island) memang banyak memberi pengalaman kepada saya.I think I'm in love with the nature there.alhamdulillah.alhamdulillh.alhamdulillah.rahmat Allah tu luas.
macam mana pokok,angin,burung-burung,udara,mahupun matahari sentiasa berada di sisi kita,macam tulah Allah sentiasa dengan kita.
Allah is always by your side,as the trees,as the wind,as the birds,as the sunshine,He is always by our side.
Don't be sad:)
muhasabah cinta dari Jeju Island:)
ke mana sahaja kita pergi,tak kisahla ke Korea,London,Perancis,Mesir,Spain,Turkey,etc..capailah sebanyak mana hikmah dariNya,kadang-kadang bukan suasana yang perlu diganti,tapi rasa di hati yang perlu dibaiki:)
esoknya kami pulang dari Jeju Island.yg jemput kami dari Gimpo Airport adalah kawan sekolah saya dan puteri,Luqman.terima kasih banyak-banyak ^^
last memory.kekeke
sekian sahaja dari Jeju,cerita dekat Seoul post lain kali:P and my background image is one of the most expensive pictures I took from Teddy Bear Museum,entry Jeju Island Part 1,juga post lain kali:)

ohye,intro bagi yg belum baca
TRAVELOG KOREA:INTRO

assalamualaikum

No comments:

Post a Comment