Friday, February 10, 2012

DAY 2-VIVALDI PARK SKI WORLD

alhamdulillah,masuk hari ke 2 dekat Seoul,Korea

hari ni antara hari paling best dekat Korea ni sebab hari ini saya akan bermain2 ais keras yang menimbun dengan sangat banyaknya,main baling2 ais kepal,main ski,jatuh,bangun,jatuh lagi,bangun balik,jatuh lagi sekali,bangun lagi sekali.baring atas ais,pandang langit yang serba putih,fuuuhh bestnya.main ski,baring atas ais,baling ais kepal ni sebenarnya perasaannya biasa sahaja,tapi main sume ni dekat Korea tu yang terasa nikmatnya.muahahaha.hari ini kami akan ke Daemyung Vivaldi Park Ski World,tak ada apa2.riadah sikit sahaja.muahahahhaa lagi.

sedikit info tentang Vivaldi Park yg saya baca dekat pamplet:

The Daemyung Vivaldi Park Ski World is particularly popular due to its extensive accommodation options and daytime and nighttime skiing. Moreover, the resort offers the utmost in convenience by providing condos directly connected to the ski slopes.

The Daemyung Vivaldi Park Ski World guarantees the highest quality of snow on all of its thirteen slopes, giving everyone from beginners to experts a great skiing experience. The Vivaldi Resort is so well known for its quality, that it is regularly chosen as a venue for professional competitions and ski-demonstrations.

 kami bertolak keluar dari rumah pada pukul 9.30 pagi.hari ni,mentor kami adalah kak ain dan kak anis.mereka adalah antara ajk TnT bawah senior luqman,yang saya kenal sebelum sampai Korea lagi.kak ain,saya baru kenal melalui senior Luqman,tapi kak anis,memang saya selalu dengar tentang dia dari kak ainul.mereka sebaya,tapi lebih tua dari saya.kikiki*lari*

kami keluar naik bas dari Dongyang Mirae University,ke Sindorim.berhenti dekat D Cube department Store(shopping mall)dan naik subway dari sana.lebih kurang beberapa minit,sehingga tiba ke Sports complex,kami naik bus dari sana.destinasi kami hari ini adalah Vivaldi Park,tempat main ski yang sangat2 cantik saya rasa.saya rasa,kenapa kami dibawa ke Vivaldi Park ini,dan bukannye ke tempat2 ski yang lain adalah kerana terdapat bas free yang disediakan untuk ke sana.syaratnya,anda kena pergi ke Sports Complex sendiri,untuk naik bas dari sana,dan juga daftar nama.memang mudah.
dalam bas budak comel seat depan
 agak ramai orang Korea yg nak ke vivaldi Park hari tu,dan mostly dengan family.kami naik bas yang cantik.pemandu sangat baik.suasana sangat awesome.perjalanan dari sports complex ke vivaldi park mengambil masa kira2 dua jam.pemandangan sepanjang perjalanan juga sangat mengujakan.dalam bas,kami makan sandwich yang dibekalkan oleh kak ain sorang satu.sedapp~~!
seoul sports complex


finally..sampai juga ke vivaldi Park ni.subhanallah,sangat cantik.memang cool habis tempat ni.God knows mcm mna excitednye saya rasa.walaupun kami xberpeluang berjumpa salji di bumi Korea ni,tapi alhamdulillah,Allah bagi peluang untuk main "salji".everything happens for a reason,kalau salji turun masa kami datang,tentu susah nk keluar rumah kan?sebabnya,selalunya salji yg turun dekat Korea ni,bukan ringan2.izinkan saya membahasakan ais2 keras yg ada dekat tempat ski ni sebagai "salji":p
cakap pasal salji,pernahkah kita semua terfikir,apa hikmahnya kejadian salji ciptaan Allah?

 Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.-surah An-Nur,ayat 43
 melihatkan salji kiri,kanan,depan,belakang,memang sangat menakjubkan.tapi di sebalik takjuban itu,ada sesuatu yg Allah nak kita ponder.

salji itu memang indah,tempat manusia untuk berfikir.salji menunjukkan keputihan,kedamaian,kesucian,menggembirakan,walaupun sejuk.sangat indah bila dipandang,sangat mengasyikkan bila dipegang.ecehhh.kenapa manusia sangat menyukainya?
asalnya,manusia memang menyukai keputihan,kesucian,putih itu adalah hati kita.hakikatnya semenjak kita lahir,tapi putihnya cuma sementara,kotor bila dipijak.whenever there's a heat,or rain,the whiteness will fade.dan kitalah yang menentukan,sama ada ingin kekal seputih salju,atau menjadi lopak2 air yg kotor itu.:)

taraaaa~~~!!:)

cikgu2  rombongan sekolah

rombongan sekolah

i told them to pose and they just naturally pose:Dhana....dul set!kimchi~~~:)

suasana hari raya:D

rombongan budak sekolah


peserta paling muda untuk ski

here we go~~~!ski high!-LOL dlm fitting room

kak anis:)
apa yg bermain di fikiran?bermain ski!!!hehehe.pengalaman main ski ni merupakan pengalaman pertama bagi saya,mklumlah,orang malaysia.duduk oversea pun,tapi asyik balik malaysia.tu yang xmenyempat2 nk bermain ski ni.

sume cara2 ski,kak ain dan kak anis yang terangkan.rupanya2 dorg dah belajar main ski sejak dari tahun pertama datang ke Korea,indeed,mereka memang diajar semasa dalam program bahasa lagi.sangat seronok kan bunyinye?datang korea,lalui program bahasa selama dua tahun,dan dalam tempoh waktu tu,mereka belajar tentang culture Korea.belajar masak makanan korea,bahasa korea,pergi jalan sana sini,pergi belajar main ski.hanya bahasa je yg perlu anda kuasai sepenuh2nya.

saya cuba letakkan diri saya dalam situasi mereka,dan saya boleh bayangkan yang saya sangat gembira.wahai student bahasa,anda beruntung sebab tahun pertama anda xsesukar tahun pertama medicine student di Jordan ni.di mana anda belajar histology,bezakan sel2 dalam rupa bentuk mereka yang mengarut untuk dihafal,hafal anatomy,yang xmungkin anda dapat hafal dengan senang melainkan anda bedah diri anda sendiri untuk buatkan anda betul2 ingat,Physiology,yang perlukan pemahaman dan sedikit pengiraan.chemistry bersama nenek moyang mereka yang turun-temurun menggerunkan:organic chemistry dan biochemistry.

what can i say?bersyukurlah,kerana nikmat Allah itu sangat besar untuk kamu.jangan pernah rasa susah.yup,talk is cheap,belajar bahasa Korea memang "mudah"bagi saya untuk menyebutnya,tapi kadangkala,kita perlu pandangan dari dua sudut yang berbeza untuk menilai sesuatu.alhamdulillah,jalan yg berliku2 dan susah untuk kami tempuhi ini,kami korbankan untuk anda senang masa hadapan,dan semoga jalan2 ini,jalan2 ke syurga:)

sambung pengalaman main ski.mmang agak susah pada mulanya.kalau jenis cepat give up tu memang susah.saya nasihatkan kepada sesiapa yang baru berjinak2 nak main,jangan cepat give up.ski memang lebih susah sedikit daripada snowboard.sebab papan ski dekat kasut ski tu panjang sangat.haha. pelajaran pertama adalah cara2 memakai kasut ski.sepatu ski itu beratnya minta ampun..(cakap indon)haha! ternyata sangat mudah tinggal menaruh ujung depan ditempat yang pas, trus injak dengan tumit belakang sampai bunyi klek.(cakap indon lagi)emangnya sangat mudah sih...kekekeke
pelajaran kedua adalah cara berjalan slow2 di tempat yang mendatar,terlanggar orang,susah nak brek,ape lagi ape lagi.waduuuhhhh,sekali terjatuh bangunnya tidak bisa...sehinggalah adanya cowok Korea yang bantuin aku bangun..hahha!


tengok suasana sekeliling.lagu2 Kpop yang beralunan xpernah stop.lagu Beast,2PM,lee seung gi,SNSD,bukan sahaja di tempat ni,malah di mana2 di seluruh Korea.memang buat apa2 ber"backgroundkn"lagu Kpop lah senang cita.satu lagi penangan empire Kpop di Korea ni.kelihatan rombongan2 sekolah yang bergerak dalam barisan,setiap satunya ada instructor di depan sekali.kalau dengar betul2 macam mana instructor tu mengajar dalam bahasa Korea,agak garang sedikit bunyinya.hoo hoo!

main main sampai lah berapa jam tak sedar,kami pun akhirnya duduk sekejap merehatkan diri sambil borak2 dan ambil gambar sebelum naik gondola pula.

with put,kak ain,kak anis
dan naiklah selepas itu kami ke dalam gondola.untuk ke area yg lebih tinggi.yang menarik minat saya adalah sangat2 pro dan style dorg main.mostly teenagers:)boleh jadi hobi rupamya ski ni,sampai ada yg dating bawa girlfriend main ski sama2.cool kan?tapi kalau negara awak duduk tu memang ada tempat main ski,xda masalah.kalau saya,haish,xkanlah setiap kali rasa nak main ski,nk ke syria atau Lubnan?merepek.hahahaaaa
view from gondola

ski high!!
 



this cute guy is waiting for someone:)

and here is his "yeojachingu"



snowboard area.p/s:no beginners:D
 kami bersiap2 untuk pulang,sebelum tu,kami solat dan jalan2 dulu sekitar kedai2 souvenir yg ada.memang banyak sweater yg sngat cantik dan style.slack sweater Electricity 2PM je yg xde.kui8.merepek lagi.setelah itu..bergeraklah kami pulang..bye2 Vivaldi Park..sob3

mission complete~~Vivaldi Ski World:)aigooo.T money card sape?T Money card hilang!hehe



meng'farewellkan"vivaldi park before balik:)
 hampir separuh hari di ski world,kami bertolak pulang ke Seoul,di mana perjalanan kami hari ini,disambung dengan melawat 63 building,dan juga Han River.63 building,adalah bangunan yang paling tertinggi dan terkenal di Korea,setinggi 63 tingkat,juga dikenali sebagai 63 city.dari sini,kita boleh lihat pemandangan Han River yg sangat indah,terutamanya di malam2 minggu,atau cuti umum,sebab biasanya kalau malam weekdays,Han River atau pun Han Gang ni xmeriah sangat.tutup pun awal,sebab rata2 rakyat Korea ni habis kerja malam.bagi sesiapa yang pernah tengok cerita My Girl,pasti sangat familiar dengan bangunan ni.tak kurang juga dengan beberapa tv show contohnya We Got Married(WGM).hehe.


the 63 symbol is captivating,right?

63 city ni sebenarnya adalah Convention Center separuhnya,dan separuh lagi adalah tempat tarikan pelancong.jadi,kalau masuk 63 city ikut pintu yg salah,memang sampai sudah sesat asyik bertemu dengan bilik mesyuarat dan ofis2.menarik kan?dlam 63 city ni,tempat2 yg menjadi tempat tarikan pelancong adalah  63 Sea World,63 Imax theater,Wax Museum,Sky art,Korea's greatest Buffet pavillion,dan sebagainya,disebabkan kami tiba sudah agak lewat dan mencecah malam,kami hanya sempat naik Sky Art sahaja.
 Sky Art terletak di tingkat 60.jadi untuk naik,xkanlah naik tangga pulak kan?hehe.dalam lif,anda boleh nampak view sekitar bandar Seoul dan juga Han River.lif ni juga agak famous dalam kalangan couple2 Korea semenjak cerita MyGirl.buktinya,memang ramai couple yang datang ke sini.sampai saya terasa yang kami ni kacau daun je.huahuahua




teropong  mencari2 Seol Gong Chan:)


 Han River terkenal dengan water fountainnya yang sangat menarik dari Banpo Bridge.pertunjukan water foutain ni ada setiap malam pukul8,tapi haritu kami terlepas.bayangkan,water nozzle yang terletak dekat banpo bridge ni akan keluarkan air setiap 8malam,dan akan menghasilkan pelangi di bawah cahaya bulan.cewahh.pertunjukan water fountain ni bukan sahaja pukul 8malam,tapi juga ada pada pukul 12.30pm,3pm dari Isnin hingga Khamis,dan pada hari Jumaat hingga Ahad ada tambahan pada 9.20 pm dan 10 pm.
ada juga cruise untuk pelancong naik di Han River ni,tapi hanya bermula pukul 4pm.

kami pulang ke Joyang Ofistel dalam keadaan lapar.hehe.kak ain bawa kami dinner di kedai seorang ajumma berdekatan hostel kami.malam ni kami makan 떡볶이(ttokpukki)..^^makcik ni memang sangat mesra dan baik dengan orang Melayu menurut kak ain.memang betul sebab beliau sangat mesra dengan kami,rajin puji kami comel sebab pakai tudung,malah bagi lebih lagi apa yang kami order.sedappp pulak tu!
aigoooo..uri ajumeoni:)

ttokpukki in the making


this is namely"odeng".sedapp~!

taraaaa~~!ttokpukki:)
muka kenyang habis~~

memang seronok makan kat restoran kat Korea ni.terutamanya restoran makanan tradisional dorg.boleh duduk depan dapur,tengok sendiri cara dorg masak,dan boleh ambil terus dari periuk.sangat2 interesting!dan kalau awak makan dengan sangat lahap,makcik restoran sangat suka dan akan bg tambah free je!hehe.

hari kedua di Korea tamat di sini,tak perlu lagi  bersedih kerana baru hari kedua.weee~~!!lambat laggiiii nak balik...esok mungkin climax bagi saya,kerana esok hari untuk shopping di Myeongdong-a Mecca for shoppers.hehehe

ibrah untuk entry kali ini,adalah semakin jauh perjalanan,semakin luas pandangan kita.memang benarlah macam yang orang kata.kalau tak sampai Korea,mungkin saya tak rasa bersyukur hidup di Jordan.mungkin saya tak dapat nak beritahu student2 Korea,supaya mereka sentiasa bersyukur,mungkin saya tak dapat nak beritahu,yang sebenarnya,setiap apa yang kita dapat hari ni,adalah hasil luasnya rahmat Allah.solat dalam fitting room,terjumpa hikmah masa main ski,terdetik rasa syukur,terbagi impression yang baik dekat makcik Korea,semuanya adalah atas rahmat Allah.
semoga perjalanan ni,memberi manfaat buat semua,kerana hanya ini yang mampu saya kongsikan,untuk kita semua ponder.berjaulah ke mana2,it doesn't matter,asalkan hati kita dibawa bersama.semakin berliku jalan tu,semakin bertambahlah keimanan hendaknya.
"Bersedialah untuk jalan yang berliku kerana akhirnya kita akan temui jalan keluar yang menjanjikan sesuatu untuk kita insyaallah"
terima kasih kak ain dan kak anis hari ini untuk:

1-bawa kami pergi main ski
2-ajar kami main ski
3-sediakan sandwich untuk sarapan(heee,chal mogosso^^)
4-tangkapkan gmbar
5-jawab soalan2 kami
6-layan cerita kami
7-semua pengorbanan yg dicurahkan yg xmungkin mampu kami balas melainkan akak2 dtg Jordan nanti insyaAllah.*chinca2 komawo~~*hehe
with kak anis+kak ain^^


jumpa hari ketiga,insyaAllah!assalamualaikum




3 comments:

  1. Salam

    Nak tanya.. Macam mana nak ke vivaldi Park... Kira balik ke seoul dalam hari yg sama??

    Boleh tolong guide sy tak?? sbb sy akan ke korea 2018 musim winter... terima kasih.

    hanisatikahjamal91@gmail.com

    ReplyDelete
  2. salam,

    Tumpang tanya. ticket untuk ski kena beli in advance atau boleh beli masa dekat counter tu nanti?


    shierashukor@gmail.com

    ReplyDelete
  3. boleh ajar saya bagaimana nak ke Vivaldi Park
    boleh watsap
    0169862600
    email: dirafum@yahoo.com.my
    terima kasih

    ReplyDelete