Saturday, March 10, 2012

eatyourkimchi:TRAVELOG KOREA

 assalamualaikum.

fuhhh~~finally,finally,finally,I could make time to finish this travelog after have been engulfed by the hectic schedule in conjunction to HLS exam.segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana atas rahmatnya yang luas dapat saya menjejakkan kaki ke bumi Korea.

macam2 perkara dan hikmah yang Allah beri kepada saya sepanjang seminggu ber'vacation' di Korea.

DAY1-NAMI ISLAND.
 bila tempat nk solat susah nak cari,bila makanan halal jauh untuk dibeli,bila safely landed lagu Kpop yang mengiringi,.reviving iman in Malaysia and Korea is not as easy as in Jordan,still we need to experience that.bukan sepanjang masa je,kita nk rasa "comfort"dengan bi'ah rabbani yg kita ada sekarang.back for good nanti pun kita akan berhadapan dengan bermacam2 suasana dekat Malaysia.even sekarang,kan?:)



DAY 2-VIVALDI PARK SKI WORLD

semakin jauh perjalanan,semakin luas pandangan kita.memang benarlah macam yang orang kata.kalau tak sampai Korea,mungkin saya tak rasa bersyukur hidup di Jordan.mungkin saya tak dapat nak beritahu student2 Korea,supaya mereka sentiasa bersyukur,mungkin saya tak dapat nak beritahu,yang sebenarnya,setiap apa yang kita dapat hari ni,adalah hasil luasnya rahmat Allah.solat dalam fitting room,terjumpa hikmah masa main ski,terdetik rasa syukur,terbagi impression yang baik dekat makcik Korea,semuanya adalah atas rahmat Allah.
semoga perjalanan ni,memberi manfaat buat semua,kerana hanya ini yang mampu saya kongsikan,untuk kita semua ponder.berjaulah ke mana2,it doesn't matter,asalkan hati kita dibawa bersama.semakin berliku jalan tu,semakin bertambahlah keimanan hendaknya.



DAY 3-MYEONGDONG

"dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yg diinginkan,berupa perempuan2,anak2,harta benda yg bertumpuk dlm bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak,dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan disisi Allah-lah tempat kembali yg baik"-surah alimran,ayat14

ini adalah salah satu mujahadah saya yg sangaaaat besar.dan saya yakin,pasti Allah akan memperlihatkan usaha saya ni,kelak di padang mahsyar,dan boleh jadi kupon untuk saya compensate dosa2 dulu.moga Allah terus jaga hati.sesungguhnya jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu.sebab apa?sebab Allah sendiri offer dengan tawaran yang paling hebat:
"Sesungguhnya Allah akan membeli pada diri orang-orang beriman itu dirinya dan harta-hartanya dengan balasan syurga ".
kenapa ada perkataan "beli" ni?sebabnya jihad paling mahal adalah jihad melawan hawa nafsu yang sangat mahal sampaikan Allah beli:) 

DAY 4-1ST DAY IN JEJU ISLAND(TEDDY BEAR MUSEUM)
 "I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. 
Who are you?" 
 

DAY 5-2ND DAY IN JEJU ISLAND

Allah is always by your side,as the trees,as the wind,as the birds,as the sunshine,He is always by our side.
muhasabah cinta dari Jeju Island:)
ke mana sahaja kita pergi, tak kisahla ke Korea,London,Perancis,Mesir,Spain,Turkey,etc..capailah sebanyak mana hikmah dariNya,kadang-kadang bukan suasana yang perlu diganti,tapi rasa di hati yang perlu dibaiki:)

su,me,put
 nikmat yang kita dapat sekarang nikmat paling besar.nikmat Islam.kita Islam sebab rahmat dariNya,tapi kita tak bersyukur.hakikatnya,yang menggerakkan kita ke masjid,ke mana-mana untuk solat,untuk buat amal soleh,untuk berpesan-pesan dengan sabar kepada orang lain adalah atas rahmatnya.tanpa rahmatnya,kita takda apa-apa.hari ini kita Islam,belum tentu esok kita Islam lagi.mungkin hari esok kita yang dengan sendirinya akan lakukan upacara seperti orang-orang kafir yang datang ke temple ni.sebab apa?sebab hati kita sentiasa berbolak balik.Nauzubillahiminzalik.

"wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)."(3:8)
 alhamdulillah.baaaanyaaakk sangat benda yang saya dapat dari jaulah ke Korea ni:
jemput baca,tapi jaga masa:)
TRAVELOG KOREA-INTRO 
DAY 1-NAMI ISLAND 
DAY 2-VIVALDI PARK SKI WOLRD 
DAY 3-MYEONGDONG 
DAY 4-1ST DAY JEJU ISLAND^^ 
DAY 5-2ND DAY JEJU ISLAND 
 LAST DAY-BUMI SONATA 
alhamdulillah.may others can grab al-hikmah too^^
ape yang saya tak sempat dapat?JYP DIAMOND TEARS.isk3
 
black and crystal version of these Monsters.
 The headphones have the same audio engineering that makes the beats line popular but it has a jewelry design that is flashy.I longed for it as the desert longed for the rain.sangat menjadi wishlist saya sejak dahulu lagi.sangat murah di Korea,tapi tak berjaya beli disebabkan JYP building tempat jualnya Diamond Tears ni terletak agak jauh dari Seoul.very limited to be sold out of Korea actually.I'll wait for it and probably buy it in Amman.should I?in what year?sobsobsob.(diamond tears)

tamat sudeyhh travelog Korea.doakan saya!moga Allah memberkati sesiapa sahaja yang telah berkorban apa-apa untuk memudahkan urusan kami ke Korea ini.mari saling berpesan-pesan seandainya saya berdosa kepada anda,kerana sesunggunya saya sangat inferior dengan orang-orang yang masyaAllah tahap imannya.

"Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu,bermanfaat bagi orang mukmin"-(51:55)
 jumpa lagi next travelog for Spring Break,Europe insyaAllah.assalamualaikum:)

eatyoukimchi-LAST DAY,BUMI SONATA



Assalamualaikum..alhamdulillah,last day,bumi sonata,Korea

kami sampai dari Jeju Island kira-kira 9.45 pagi.dari Gimpo Airport,kami naik subway untuk pulang ke Joyang Officetel.setelah selesai kemas2 barang memandangkan malam ni akan bertolak ke Malaysia,kami pun keluar semula untuk menghabiskan sisa-sisa hari kami di Seoul ni.apalagi,request dekat Kak Anis nak pergi tulah,nilah,sebab dah hari last dan tak tau bila lagi nak sampai Korea ni.kami memulakan lawatan ke Insadong. 

Insadong ni merupakan salah satu street yang menjadi tarikan nostalgia Korea yang banyak boleh kita jumpa cara hidup dan budaya tradisional mereka.kebanyakan barang yang dijual disini juga,kebanyakannya adalah barang2 tradisional yang awak memang boleh jumpa di Korea sahaja.contohnya hanbok,hanji,teh tradisional,pottery,etc2.yang menariknya Insadong ni terletak in the middle of the city,where old but precious and traditional goods are on display.setiap hari Sabtu dan Ahad pula,beberapa street di Insadong ni akan ditutup dari laluan trafik,dan menjadikannya betul2 tempat kebudayaan untuk pelancong2 lawati. dekat Insadong ni juga banyak tempat menjual pelbagai barangan cenderehati dari Korea,tapi harga lebih mahal sedikit berbanding di Namdaemun Market.
who wants the I Love Korea T-shirt?kekekeke














1 of the hallway;tea house
 tempat membeli belah di Insadong sangat menarik.ala-ala shopping mall tapi terbuka sebab tak ada bumbung,
see!takde bumbung+eskalator
 berdekatan dengan Insadong ni juga terdapat Gyeongbok-gung iaitu salah satu istana tradisional yang menjadi tarikan pelancong.istana yang terkenal kerana merupakan istana yang paling cantik jika dibandingkan dengan 4 lagi istana lain di Korea ni.nak masuk kena bayar duit tiket,dan dalam istana ada lebih kurang 7700 bilik untuk dilawati.kami hanya bergambar di luar sahaja memandangkan nak kejar masa plus terlalu besar istana ni untuk dihadamkan dalam masa hanya beberapa minit.jadi,kami terus bertolak ke Myeongdong untuk kali kedua,sebab nak testing hanbok kat sana.
with kak anis
su,me,put


cinderella step sister~~punya hallmark

oklah,masa da suntuk.mari bertolak ke Myeongdong.di Myeongdong ni,ada satu tempat yang khas untuk pelancong2 yang nak dapatkan khidmat secara free.boleh testing hanbok,boleh amik banyak pamplet.boleh belajar bahasa Korea basic dengan cepat.boleh tengok pameran.macam2.macam tourist information center.nak naik bas mana,nak pergi mana semua dia boleh ajar,free je.:)tapi kami datang untuk test pakai hanbok sahaja.hanbok ni pakaian tradisonal di Korea.sangat unik,tapi agak berat dan besar.




tak kreatif vs kreatif bergamba.see!see!:D
 bagi yang keliru,hanbok yang merah biru tu biasanya untuk maharani dan maharaja,crown prince and princess.yang lain-lain adalah baju gundik dan dayang:P

seterusnya kami jalan-jalan di Myeongdong untuk penuhi keperluan terakhir yang memang dah aim sebelum pergi hari ni tinggal nak beli je.eh silap.kehendak.sebelum balik,kami singgah di sebuah restoran.restoran Yuganey namanya.untuk makan haemul pokembab.macam nasik goreng sedikit,dan kita boleh goreng sendiri plus boleh pilih nak letak apa.untuk orang yang tak reti masak nasi goreng,mungkin tak boleh survive.mungkinlah.
haemul pokimbab


selesai je makan,kami pun pulang ke Dongyang Mirae university,berkemas2 untuk pulang ke Malaysia.mase datang beg kosong je,masa balik beg siap beranak-ranak lagi tuu.hasilnya,terpaksa lah pikul beg turun naik bas dan subway ke airport.sebelum pulang,kak ain,kak anis,dan kak mus hadiahkan kami muffin sekotak.he-he!sedappp~~~tq sis!chal mogosso^^


















alhamdulillah,selesai sudah hari2 di Korea.sangat banyak pengalaman di Korea yang tak dapat saya lupakan.insyaAllah kalau ade rezeki dan Allah izinkan,memang saya nak ke sana lagi.nak pergi Busan,Daegu,Jeju Island belah East pula.tapi for sure lepas dah buat umrah dan haji.hehe.malam tu kami bertolak pulang ke Malaysia awal pagi,dan sampai di Malaysia lebih kurang 6-7 pagi.penat memang takla sebab dalam flight memang tidur jekeke.
reading at the airport library.waiting for boarding gate to open
 alhamdulillah selesai juga menyiapkan travelog di Korea ni.harap-harapnya tulisan*taipan* saya ni dapat membantu memberi info sedikit sebanyak bagi sesiapa yang memerlukannya,dan yang paling penting sekali dapat mencapai beberapa al-hikmah yang saya kongsikan daripada jaulah ini.moga perjalanan ini,bukan perjalanan yang sia-sia.moga perjalanan ini diredhai Nya.

yosh,comrades,mari sambung perjuangan kita di medan medik dengan bersungguh.mari score HLS,RS dan CVS keranaNya.RS!RS!RS!*baca:respiratory system*.

sempena Respiratory system,one of the Quran verses that I just encountered and would like to share:)

"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah dan petunjuk,Dia membukakan dadanya untuk menerima Islam.dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat ,Dia jadikan dadanya sempit dan sesak,seakan-akan dia sedang mendaki ke langit.Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman."surah al-An'am,ayat 125
memang Allah yang Maha Berkuasa dan Bijaksana mencipta sistem pernafasan,dan memang Dialah Tuhan Pemilik Hidayah.moga kita tergolong orang-orang yang sentiasa mendapat rahmat Allah,sepanjang masa,bersama-sama.ameen

yalla na3mal New Look:)
assalamualaikum

eatyourkimchi:JEJU ISLAND DAY 1

assalamulaikum

alhamdulillah exam HLS dah habis!!!!yeayyyy!barulah ade mase nak siapkan blog yang tergantung ni.something to say about the exam?emm..quite tough.memang memerlukan penghafalan sebijik-sebijik dan membuatkan anda bertaubat takkan study last minit lagi,plus berazam akan membaca lecture note lebih awal kerana azab membaca lecture note last minit,memang azab dunia bak kata seseorang.ekekeke.ouh,by the way,HLS=Hematopoeiticlymphatic system.
The perfect synchrony of the creation of a human being still leaves even the world’s most renowned intellectuals baffled. Allah has said that even if the whole world come together to put a fly to life, they will not succeed. Even with the whole mysteries unraveled, every little secret to every nook and cranny put in a manual, human beings will still fail to put life into anything, as it is impossible for anyone but Him, to create life. It is only right for us to remember Him in every breath we take, in every process in each cell that happen in our body, and to be forever grateful to Him just because we are lucky enough to be His servants.
 lepas ni insyaAllah akan mendalami RS=Respiratory system.mari kita ucapkan ahlan wasahlan kepada diri sendiri.ahlein,RS,ahlein..>.<

ya,bertemu lagi kita dlm rancangan cuti2 Korea:P
masuk hari keempat kami di Korea,di mana hari ini saya dan kawan2 akan pergi melanjutkan pelajaran ke Jeju Island.Jeju Island juga dikenali sebagai Samsado Island(three many) sebabnye di Jeju ni terdapat mostly tiga benda utama:iaitu batu,perempuan,dan angin.ni yang saya baca kt pamplet.

untuk percutian ke Jeju,kami booking sendiri tiket flight dan kami carik sendiri hotel.bukan under TnTlah kiranya.masa kt Jeju nilah baru terasa life as a true traveller yg betul2 masyuk.sebab sume benda kami redah sendiri.weeee~
kami booking flight Easter Jet sebab senior kami dulu pernah naik flight ni,dan katanya flight ni murah.tapi,ade je flight2 lain yg boleh dinaiki untuk ke Jeju ni,contohnya Korean Air ataupun Jeju Air.
dekat Korea ni,semua benda nak perfect.tengok sahaja decoration dalam flight

di Jeju,kami di sana selama 3 hari 2malam.Jeju Hiking Inn adalah hotel yg kami menginap di dalamnya.aigooo.teruk sungguh bahasa Melayu.
truth be told,hotel ni kawan saya yg survey,dan beliau yg book.thanks to her.hotel ni terletak jauuuh nun dekat west jeju,tapi letak dekat di hatiii.eceh.terletak dekat dengan sun beach hotel.nanti saya cerita knape nk dekat2 dgn sunbeach.
untuk di jeju,kami telah menempah tour guide seharian sendiri untuk bawak kami tour sehari penuh,which is hari kedua.sebenarnya yeha tour ni includekan sekali guest house untuk pelanggan2nya,tapi disebabkan guest house dah penuh,kami terpaksa cari hotel sendiri,dan harganya jadi agak murah berbanding jika includekan sekali guest house.

kami bertolak dari Gimpo airport tepat jam 8.45 pagi dan sampai di Jeju International Airport tepat jam9.45 pagi.memang sejam perjalanan dan boleh sangat nk tidur.dekat korea ni,style di airportnye adalah mesti kne check in awal. padahal gate untuk masuk flightnye bukak LIMA minit sebelum nk take off.kan lain tu kalau kt malaysia?kat sini semua orang awal dan punctual.maka,apalagi,terkejar2 kami dibuatnya nk kejar masa check in tu,dan2 kami orang last yg check in,walaupun masa tu barulah dlm 9.20 pagi.
read my lips;jeju international airport
ohye,malam sebelum nk ke jeju tu,kami ade minta tolong beberapa sonbae di Seoul untuk ajar sedikit dialog2 penting dlm bahasa Korea,nk naik bas mne,etc2.almaklumlah,kat jeju tu nanti sume survive sendiri.kak mus comel yg baik dah tolong siap2 tuliskan dialog untuk pakcik teksi,untuk pakcik bas,untuk tourist info center,kami tinggal tunjuk je kertas tu.bukannya cakap.haha.lawak gilaa rasa.kt Korea ni jangan expect sume orang terer english,lagi2 luar Seoul macam Jeju Island ke,Busan ke,Daegu ke.dan accent Korea dorg pun lain2. tak sume student Korea boleh faham accent orang jeju.samalah macam accent arab jordan dengan mesir.apetah lagi bahasa arab komunikasi tingkatan 3 kat malaysia.hoho.

sampai2 je jeju airport,kami mundar mandir carik bas 600.bas ni sebenarnya airport limousin yg ulang alik dari airport ke hotel kami.mana kami tahu?google!!kat sini sume benda kena tahu google.dan alhamdulillah memang sistematik sgt pun sistem pengangkutan kt Korea ni,ape yg awak google je mesti ade,kiranya bukanlah benda yg ada bile google,tp real lifenye takde?faham ke?saya rasa kalau kte google bas mana,pukul berapa dy dtg,nk ke mana bas tu,setiap berapa minit dy dtg,etc2 pasal bas kt Jordan tu,tak tahuuulah.hehehe.
bas 600=airport limousin
tambang bas 600 ni ke hotel kami adalah 5000 KRW.sebenarnya hotel kami adalah laaast destination untuk bas ni,sebab tulah harganya full 5000KRW.maksud full 5000KRW adalah kalau kte  tak berhenti kat hotel kami tu,1500KRW pun boleh dpt.masa perjalanan kira2 2 jam.so apelagi,put tidur.su baca buku,saya kira2 perbelanjaan.teheee.

satu perkara yg observe bagi sistem bas dekat Korea ni,adalah bas nye sangat2 lawa,bersih,pemandunya ada uniform yg sngt semmart,ada set microfon dan speaker dlm bas,ada mesin T-money,dekat seat ada meja mcm meja dlm flight,dan ruang poket depan seat ada buku/majalah pelancongan.memang sistematik.perfectionist.

driver?driver bas sgt2 friendly,sebab untuk setiap destinasi yg dy akan berhenti tu,dy akan buat announcement dgn sopan.announcement tu berbunyi begini:
station seterusnya adalah Sun Beach Hotel(contohnya).kita akan tiba dlm masa 5minit lagi.harap2 tuan2 puan2 yg nk turun,pastikan sume barang anda telah dibawa.pastikan tiada beg tertinggal,atau sampah tertinggal,atau anak2 tertinggal.terima kasih kerana menaiki bas ini,nice to meet you.
ni dorg ckp dalam bahasa Korea lah,saya dah hafal sebab banyak kali dah saya dengar sejak naik bas nk pegi ski dulu lagi.bayangkanlah,setiap kali orang turun untuk last destination tu,driver akan turun serta,tunggu kat depan pintu bas,tunduk tanda hormat setiap kali orang turun,sambil cakap,terima kasih,selamat jalan.

komabsemnida,anyeong hi gae seayo
satu je testimoni saya sebagai tourist:veeerrrrryy friendly!

bayangkanlah setiap kali last destination dorg buat gini.kalau yg station2 bukan last tu,selalunya mesin suara je yg ckp.still, very friendly.subhanallah,kalaulah sume orang Korea Islam,memang sebijik pekerti Rasulullah S.A.W.moga2 doa saya ni termakbul.

masuk sikit pasal hotel jeju hiking inn
bas kami berhenti dekat sunbeach hotel,dari situ kami walk down the road,about 20 minutes walking,u'll be finding the hotel.ni arahan yg dijumpai kat internet,menunjukkan direction ke jeju hiking inntapi dah lebih 20 minit,xjumpe2 hiking inn nye,
macam2 dialog keluaq:
1-aq rasa kita kne carik yg bangunan kecik2 la,jgn fokus bangunan besar2,sebab nikan motel je
2-dah lebih 20 minit dah ni?xjumpe pon,
3-aq jumpe inn je.inn ape xtahu.sebab dy tulis koREA.hahaha

on the way finding the hotel:SOOC:)

walking down from the bus stop
along the road,there's a garden
jalan2,akhirnya alhamdulillah,kami smpai ke hotel kami,comel!


depan hotel ada banyaakkk basikal boleh disewa.seronok bukan berbasikal di Pulau Jeju? mungkin next time datang kte naik basikal ye,jimat punya pasal.ade ahjumma comel rambut kerinting jaga kt kaunter.
anyeong ha saeyo~dowa derilkkayo?(selamat dtg,boleh saya tolong awak?)-makcik
aigooo.cne nak ckap ni?hehe
 yeo ngo hal ju aseayo?(boleh awak ckp english?)Englishi?-saya
No englishi!makcik comel tu jawab dgn comelnye.hehe
englishi-english(slang orang Korea)

 tapi alhamdulillah,dy  keluarkan satu kertas A4 yg ade nme kami
nae~mat semnida!!(ya,betul tu!!)
laju je saya jawab.hehe
kami dpt kunci bilik,dan naik ke bilik masing2.
hotel ni sanggaaaatlah murah.kalau convert dlm duit Jordanian dinar,xsampai 20 dinar pun.10 dinar,lebih sikit je.dlm MYR convert sndirilah,saya tak ingt,sebab masa bayar guna debit card kt jordan.
kami memang da mindset nk carik motel je.nme pun traveller.bukannye nk pegi honeymoon.:D

tapi,alhamdulillah dlm bilik ada plasma TV woo!katil ade heater elektrik.ade meja dengan kerusi,dlm toilet ade toiletries yg cukup,ade fridge,dr tingkap bilik nmpak view yg subhanallah sgt cntik.sume facilities memuaskan.ada bilik internet kat tingkat bawah.ada kitchen yg ade fridge,meja makan,ada lobi juga,ada gim,tapi sume comel2.ade board kecik comel cuun je kat lobi,sume nk comel.bakul sampah.dapur.*pengsan*

memang lupe habis nk tgkp gmbr sebab terlampau best dan comel suasana disitu.hanya orang terpilih yg faham suasana comel macam mana.

untuk dekat Jeju,kami memang dah bawak makanan sendiri.sebabnye hotel murah ni tak de sediakan makanan,plus nk makan luar kami bukan tau sgt nk pilih yg mana halal haram,sebab menu sume tulisan Korea.kami bawa bekal macam maggie,roti Gardenia beserta jem atau tuna,cereals,benda2 macam tulah.cukup untuk 3 hari. barulah true traveller!lagipun semasa melancong ke negara bukan Islam,kita dituntut supaya menjaga nilai murni sebagai Muslim,tanpa menjebakkan diri dari perkara-perkara haram.
“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.” (Surah Ali Imran, ayat 112)
so maggie pun maggielah.janji rock.eh.janji halal.
macam nilah bilik kami.a bit monastic but clean and cheap
 selesai je unpack barang dan solat,kami decide nk travel sendiri beberapa tempat yg tak include dlm tour bersama yeha tour esoknye.macam chocolate land,teddy bear's museum,dan museum ripley's believe it or not.kami keluar tunggu bas dekat tempat kami turun airport limousin tadi.subhanallah,view sekeliling memang sgt cantik.susah nk describe..full of breathtaking sight,phenomenal natural beauty, historical legacies, quirky museums,unusual attraction.a harmony, home-felt, and home-created, comes to heal that grief for which the senses still supply .am I at rest? no.no.no.leave me to myself, nor let me feel the officious touch that makes me droop again.=D

kalau nk describe dlm bahasa melayu saya rasa lawa gila je yg ada dlm kamus saya.=..='

subhanallah.ini baru syurga dunia.dunia ni hanya sementara.tapi kita sering "ter"anggap dunia ni kekal abadi kan?*dush-hantuk kepala sendiri*jomlah kita kejar syurga sbenar yg abadi tu.jauh laaagii best!
saya rasa bukan saya je yg rasa mcm tu.sy yakin su dan put pun sama.susah nk jumpa anak2 muda yg cintakan alam semulajadi macam kami ni makcikkkk maria oi..kelassss kau maria!merepek.
tunggu punye tunggu punye tunggu,memang takde bas.kami tanya kepada beberapa pakcik bas yg ada,mana bas 600?nasiblah ada sorang pakcik ni baik hati,
nak,ikut pakcik.sini.sini.ikut pakcik.(dlm bahasa korea)
rupa2nya,pakcik tu bawak kami seberang jalan.sebab kami tunggu bas salah arah.
ah..kero khunaa~~(ah i c~~)
bagus pakcik ni.pakcik ni mencerminkan kesopanan orang Korea,beliau tak stret pun tegur yang kami ni salah.:)pelancong yang bagus,pelancong yang mencari sesuatu yang baik di tempat yang dilawatinya,untuk ditiru atau diamalkan ditempatnya.mari kita mempraktikkan budaya menegur secara berhemah.teheee.

haha,gelabah2 malu pun ade.kami ikut pakcik tu dari belakang,dan nampaklah bus stop yg btul2 nye.kami terus menerpa ke arah itu.opps,tapi kami main lintas je.pakcik tu ikut zebra cross.haha.nmpak sangat disiplin "arab"nya.

rasa pelik dgn diri sendiri memang normal kalau dekat Korea ni,sebab kita sorang2 yg tak sistematik.kta sorg2 yg tak disiplin,kta sorg2 yg tak formal.kita sorang2 yang tak kemas.normal lah tu..lepas tu bukan main lintas gne zebra cross je ,even tak de kereta pong..

nasiblah kami tak terlepas bas,tambang bas dr sunbeach ke teddy bear museum cuma 1500KRW je.jauh lebih murah dr yg mula2 tadi,sebab xsmpai airport pun.sebenarnya boleh sangat guna T-money card yg kte guna untuk naik bus dan subway dekat Seoul tu,tapi kami xtau,so,kami bayar manual jelah..
tempat pertama kami pergi dekat jEju ni,adalah teddy bear museum.memang landmark sangatlah kan,tempat ni kalau ckp pasal korea dan sesiapa yg tak tahu memang pelik.err,macam mane eh?dia takde kaitan pun dengan Korea,tapi sangat famous dekat Korea.

sebenarnya,dekat Korea ni ade 3 teddy bear museum.yg main dan utamanya adalah kt jeju ni,dan lagi 2 ade dekat namsan tower(seoul tower)dan juga  paju heyri.
kebanyakan teddy bear dekat museum2 ni menggambarkan Korea dulu,sekarang,atau akan datang.
bayaran masuk ke museum ni adalah 8000KRW(dewasa),6000KRW(remaja)dan 4000KRW(kanak2)
perlu diingat supaya dewasa=19+,remaja=14-18,kanak2=bawah 14
supaya anda tidak memalukan diri sendiri untuk minta harga kanak2.ini terjadi kepada kami.=..=''

masa beroperasi pula adalah dari 10 pagi hingga 10 malam,dan last admission yg dibenarkan adalah 9malam.ini applicable kt sume museum kt korea.so jgn haraplah lepas dah masuk teddy bear museum pukul 8,then lepas tu nk pergi ripleys atau chocolate land.ini terjadi kepada kami juga.^^
ok,jom masukkk!!:)
anyeong!
kyaaa~~~~!!superman~~~
we want peace!we want peace!rusuhan teddy bear
teddy bear dressed as a King of Joseon Dynasty
you are the straw to my berry,you are the one I wanna marry^^.*memandai*

merry christmas!HOHO!
no caption cuz i forgot
tarzan and jane?pun boleh




















teddy bear collection:fashion show
teddy bear paling mahal=Louis Vuitton Teddy Bear
hana
dul
set!
Prince Lee Shin.!
limited edition alfred yg prince lee shin tu pegang xlimited kt sini.jom beli!hihi
teddy bear versi anak mami yg gila barang kemas
elvis prisley teddy bear statue,untuk bapak2 yg minat
been there,done that.x0x0

terasa kurus.MEREPEK
the highlight of the day:princess hours versi teddy bear
princess hours versi real.xde kt museum ni.hee.dari kiri hyo-rin,prince lee shin,chae-kyeong,lee yul
xbesttttt ponnnnnn museum niiii..*tangan kat bahu,mata ke atas*
hyorin the ballet dancer dlm princess hours the korean drama

cukup kan sume gambar2 ni?saya xreti nk describe satu2.terlalu detail,dan sebenarnye baaanyaaak lagi gambar.jemputlah dtg ke teddy bear museum ni!heee.

kami keluar tedyy bear museum around 7pm lebih dan trus balik ke hotel,sbb Ripley's dan chocolate land dah tutup.balik hotel layan seoul music awards yang tengah live dkat seoul sebab dah takde cerita lain tanpa subtitle sambil makan ramyeon(maggie).feeling so Korean,seriously.alhamdulillah,selesai frst day di Jeju Island.

menjadi true traveller ni bukanlah senang.lagi2 dekat negara bukan Islam.kena sentiasa bawak kompas,cari makanan yang betul2 halal yg selalunya jauh,nk tentukan bila masuk waktu solat lagi,etc2.tapi salah satu nikmatnya menjadi true traveller ni adalah,tanpa merasai kesusahan itu semua,mungkin takkan menjadikan kita seorang yang bersyukur dengan segala nikmat sebagai seorang Muslim yang kita perolehi sekarang.ada pendapat dari sesetengah individu,yang sangat sinis kalau diajak untuk melancong ke negara bukan Islam.sampai bila kita nak berada dalam zon selesa?apetah lagi,kalau diajak untuk sama-sama turun berjuang ke medan syria pun,jauh sekali agaknya.dush.*kena batang hidung sendiri*.

tapi,secara tak langsung sebenarnya melancong adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.pandai menggunakan bahasa2 badan  mahupun pertuturan secara spontan bila bercakap dengan orang luar,pandai adaptasikan diri sendiri dengan budaya bukan Islam,pandai cari ruang "survive" dalam negara bukan Islam,pandai kekalkan nila2 murni sebagai seorang Islam,dan macam2 lagi ilmu Allah yang free2 boleh kita dapat semasa melancong.tujuan mencari ilmu itu sendiri lebih utama dalam pakej pelancongan,maka,janganlah berasa rugi untuk melaburkan duit untuk melancong.banyak sangat pengalaman yang priceless yg boleh kita capai.

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. 
Who are you?"
(Hassan al-Banna)

 p/s:akhawat,jom join next jaulah!:)

sekian sahaja hari pertama di Jeju Island,Korea.